Pages

Sunday, October 2, 2011

Proses Pembinaan dan penggunaan bahan-bahan pengajaran


Proses Pembinaan Dan Penggunaan Bahan-Bahan Pengajaran.
Bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran kadangkala dianggap sebagai media pengajaran atau ‘ media’ yang boleh membantu guru dan membolehkan para pelajar mendapatkan ilmu pengetahuan dan kemahiran serta membentuk sikap yang baik. Proses penilaian dan pemilihan bahan-bahan yang diperlukan untuk memenuhi hasrat ini bukanlah satu kerja yang mudah. Kerja ini melibatkan kerja-kerja penyuntingan bahan supaya ianya sesuai dengan objektif pengajaran yang seharusnya selaras dengan kehendak dan matlamat Sukatan Pelajaran dan Objektif Pendidikan Negara secara keseluruhannya.
            Untuk menyediakan bahan-bahan yang sesuai dalam sesuatu situasi pengajaran dan pembelajaran itu, guru hendaklah memproses bahan-bahan tersebut sebelum ianya digunakan. Beberapa langkah boleh digunakan, umpamanya proses memilih, mengolah, membina, menggunakan dan menilai. Proses ini merupakan satu proses yang berterusan dan ianya harus dilakukan berdasarkan kriteria pemilihan bahan yang telah ditetapkan.
Gambar tumbuh-tumbuhan


 Gambar kenderaan


 Gambar Buah-buahan Tempatan


 Gambar rajah "PARTS OF A PLANT"




Gambar-gambar mengenai bentuk 3D 

Pemilihan Bahan-Bahan Pengajaran
Pemilihan bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran bahasa, sama ada bahan-bahan itu bahan-bahan teks atau sumber-sumber lain, yang dilihat daripada tiga perspektif:
a)    perspektif komunikatif atau fungsional yang memandang bahasa sebagai media komunikasi antara manusia. Perspektif ini menekankan kepentingan pembelajaran melalui penggunaan bahasa yang membolehkan pelajar-pelajar mendapat peluang secara kerap untuk berinteraksi sesama sendiri dan guru dalam situasi yang semula jadi.
b)    Perspektif struktural yang memandang bahasa sebagai satu sistem tatabahasa dan perbendaharaan kata. Perspektif ini menekankan persembahan dan latihan asas struktur bahasa. Pelajar-pelajar akan diajarkan sistem tatabahasa bahasa tersebut.
c)    Perspektif kemahiran yang menekankan empat kemahiran iaitu kemahiran mendengar, kemahiran bertutur, kemahiran membaca dan kemahiran menulis.


No comments:

Post a Comment