Pages

Friday, October 14, 2011

Apakah klasifikasi pengajaran dan pembelajaran?


Apakah Klasifikasi Strategi Pengajaran dan Pembelajaran?
1.      Strategi Pemusatan Guru
2.      Strategi Pemusatan Murid
3.      Strategi Pemusatan Bahan Pelajaran

APAKAH CIRI-CIRI STRATEGI PEMUSATAN GURU?
·         Guru memainkan peranan penting
·         Komunikasi sehala. Guru banyak bercakap.
·         Kepimpinan guru secara autokratik
·         Pencapaian objektif guru diutamakan
·         Penyebaran ilmu pengetahuan lebih diutamakan daripada penyuburan nilai murni/perkembangan emosi.
·         Penyampaian fakta secara menghafal. Pembelajaran berbentuk mengingat/menghafal.
·         Interaksi di antara murid adalah pasif.
·         Kaedah keseluruhan kelas.
·         Murid-murid kurang kreatif/ tidak berinitiatif.
·         Kaedah & Teknik – penerangan, demonstrasi, syarahan, kumpulan/pasukan, bercerita, keseluruhan kelas.


APAKAH CIRI-CIRI STRATEGI PEMUSATAN MURID?
·         Murid memainkan peranan penting
·         Komunikasi dua hala. Guru menyoal/membimbing.
·         Kepimpinan guru secara demokratik. Perbincangan/galakan murid memberi pendapat,
·         objektif pencapaian murid diutamakan
·         perkembangan murid secara menyeluruh/seimbang ( j.e.r.i.)
·         Ujian formatif digunakan bagi membaiki kelemahan murid.
·         Penyampaian guru untuk pembelajaran bermakna, memahami & membuat kesimpulan,
·         Peluang interaksi di antara murid adalah positif (bekerjasama, bertolak ansur, tolong-menolong)
·         Kaedah kumpulan/perbezaan & minat murid dipupuk,
·         Murid-murid bersifat kreatif/ berinitiatif.
·         Kaedah & Teknik – projek, inkuiri-penemuan, perbincangan, penyoalanan, penyelesaian masalah, simulasi, main peranan, sumbangsaran, kumpulan kecil dan sebagainya.

APAKAH CIRI-CIRI STRATEGI PEMUSATAN BAHAN PELAJARAN?
·         Bahan pelajaran memainkan peranan penting.Pergantungan kepada bahan untuk mencapai objektif pengajaran.
·         Komunikasi/interaksi berlaku antara guru/bahan atau murid/bahan pembelajaran
·         Kecekapan/kemahiran penggunaan bahan pengajaran-pembelajaran diutamakan
·         Penekanan kepada jasmani, rohani, dan kognitif. Murid dilatih dalam kemahiran, kefahaman dan berdikari.
·         Pengajaran bermakna, menarik dan berkesan.
·         Peluang interaksi antara muid banyak. Sifat social yang positif dapat dipupuk melalui kaedah kumpulan kecil – ujikaji, projek, perbincangan dsb.
·         Pengetahuan abstrak dapat dijadikan konkrit dengan adanya bahan-bahan pelajaran
·         Kaedah & Teknik – komputer, bahan cetak, modul, buku teks, buku rujukan, kamus, perakam pita, carta, peta, geraf, spesimen, slaid, video, televisyen, projektor,  dan sebagainya.

Mengenai pendekatan, kaedah, teknik dan strategi pengajaran


APA DIA PENDEKATAN, KAEDAH, TEKNIK DAN STRATEGI PENGAJARAN?

·         Pendekatan – jalan yang diambil
·         Kaedah – cara teratur, kemas & sistematik
·         Teknik - kaedah membentuk teknik. Misalnya kaedah bercerita = teknik menyampaikan cerita (gaya); kemahiran menyampaikan cerita; pelbagai teknik.

APAKAH PERBEZAAN ANTARA STRATEGI, KAEDAH, PENDEKATAN DAN TEKNIK PENGAJARAN?
PENDEKATAN = APPROACH 
  • A way to
  • Means of reaching
  • A way of considering/dealing with
  • e.g. a problem: a new approach
TEKNIK = TECHNIQUE
  • Proficiency or skill in the practical art/science
  • e.g. a teacher with a good voice but poor technique
  • A way of achieving one’s purpose skillfully.





Sunday, October 2, 2011

Prinsip-Prinsip Pemilihan Bahan-bahan Pengajaran


Prinsip-Prinsip Pemilihan Bahan
a)    Bahan mestilah berkaitan dengan matlamat dan objektif pengajaran dan pembelajaran. Pemilihan bahan-bahan pengajaran harus menitikberatkan objektif pembelajaran para pelajar. Objektif harus ditentukan dahulu, selaras dengan tujuan keseluruhan program pengajaran, dan kemudian bahan-bahan diolah dan dipilih supaya ianya sesuai dan berhubung dengan objektif tersebut. Tujuan program pengajaran haruslah menentukan bahan-bahan yang akan digunakan dan bukan sebaliknya.

b)    Bahan haruslah mengandungi unsur-unsur yang berkaitan dengan Falsafah Pendidikan. Falsafah Pendidikan Kebangsaan adalah bertujuan untuk memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu bagi mewujudkan insan yang harmonis dan seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah untuk melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta dapat memberi sumbangan terhadap keharmonian
 dan kemakmuran masyarakat dan Negara.
Bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran yang dipilih sepatutnya mestilah boleh membantu pelajar untuk memperkembangkan potensi mereka. Ini bermakna, bahan-bahan itu haruslah mengandungi unsur-unsur intelek(pengetahuan) dan nilai-nilai murni yang dipercayai Dapat mewujudkan insan yang boleh bertindak dan berfikir secara dewasa. Pemilihan bahan-bahan haruslah bermatlamatkan kepada pendidikan dan pembentukan individu yang menyeluruh dan bersepadu.
c)    Guru harus sedar akan kegunaan bahasa dan pilih bahan-bahan pengajaran yang boleh melengkapkan pelajar untuk menggunakan bahasa itu secara efektif. Pengajaran guru mestilah mengambil kira apa yang hendak dipelajari oleh setiap orang pelajar, iaitu apa yang mereka akan lakukan dengan ilmu yang telah diperolehi setelah tamat belajar. Pelajar-pelajar perlu dibimbing untuk menyedari bahawa pembelajaran dan aktiviti-aktiviti di sekolah adalah sebahagian daripada kehidupan mereka. Sesungguhnya amat merugikan jikalau pelajaran yang dipelajari itu hanya tinggal dibangku sekolah sahaja dan tidak ada pertaliannya dengan kehidupan seharian.
Dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa, apa yang perlu diperhatikan ialah perbezaan di antara pengelibatan dalam latih tubi bahasa, berdialog atau main peranandi satu bahagian dan satu bahagian lagi kebolehan menggunakan dalam situasi yang sebenar Seperti kebolehan melahirkan pendapat dan perasaan tentang keadaan dan kejadian sebenar kepada seseorang apabila berhubung. Pelajar yang melibatkan diri dalam teknik simulasi di bilik darjah dan boleh pula mengaitkannya dengan proses interaksi dan mengeluarkan pendapat adalah contoh yang sebenar aktiviti komunikasi.
Pada akhir pembelajaran nanti, pelajar-pelajar akan tahu bagaimana Bahasa Malaysia boleh berfungsi sebagai bahasa ilmu, bahasa perpaduan, dan bahasa untuk berkomunikasi. Oleh itu, pelajar-pelajar harus diperkenalkan dengan aspek sintaksis dan semantik dalam situasi untuk membolehkan mereka faham akan penggunaannya. Semasa penyampaian bahan pengajaran dilakukan, aktiviti yang dipelbagaikan harus diwujudkan supaya pelajar-pelajar mendapat latihan yang cukup untuk menggunakan satu-satu struktur itu dalam situasi yang sebenar. Dalam latihan ini, pelajar-pelajar digalakkan mengeluarkan pendapat sendiri.

d)    Guru hendaklah memikirkan tentang keperluan belajar para pelajar. Keperluan belajar pelajar-pelajar di sini bukanlah bermaksud bahasa itu dipelajari sebagaimana ia dipilih, digred dan dipersembahkan serta diamalkan, tetapi ianya disampaikan dalam bentuk supaya para pelajar dapat menambah pengetahuannya dari semasa ke semasa. Untuk mewujudkan satu pembelajaran yang berkesan dan licin, para pelajar mestilah diperkenalkan dengan unit-unit pembelajaran. Unit-unit pembelajaran ini walaupun sedikit, tetapi harus mengandungi benda-benda baru. Selain daripada itu, unit-unit pembelajaran tadi mestilah berkaitan antara satu sama lain. Pelajar-pelajar boleh mengembangkan pengetahuan mereka dengan mengaitkan apa yang dipelajari itu dengan pengalaman atau pengetahuan yang diperolehi daripada pelajaran-pelajaran yang lalu.
Keperluan belajar sebenarnya tidak terhad kepada pertimbangan-pertimbangan terhadap bahasa tetapi para pelajar memerlukan juga keperluan-keperluan intelek dan emosi. Pembelajaran bahasa bukanlah mudah. Pelajar-pelajar memerlukan galakan, motivasi dan pelbagai rangsangan yang lain. Ini sebahagian besarnya adalah tugas guru, tetapi bahan-bahan pengajaran boleh membantu dengan menggunakan perkara-perkara yang dirangsang secara intelektual. Satu lagi perkara yang perlu diingat oleh guru-guru ialah bahan-bahan mestilah boleh digunakan untuk sesi pengajaran secara kelas, berkumpulan dan individu. Ini adalah kerana, pelajar-pelajar juga harus dilayan secara individu dan sebagai ahli kumpulan bergantung kepada beberapa faktor, termasuklah jenis latihan yang mereka jalankan, kemahiran yang sedang dilakukan atau strategi pembelajaran yang diperuntukkan kepadanya.  

e)    Guru hendaklah memikirkan tentang perkaitan antara aspek bahasa, proses pembelajaran dan pelajar. Ketiga-tiga aspek ini adalah penting dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa. Ketiga-tiganya mestilah ditekankan sama rata. Bahan-bahan pengajaran tidak sepatutnya hanya menekankan kepada aspek-aspek bahasa dan penggunaannya tetapi harus juga mengambil kira tentang perkembangan pelajar. Namun begitu patutlah diketahui, tiada satupun cara belajar yang terbaik dan biasanya para pelajar menggunakan strategi pembelajaran yang berlainan, kerap menukar strategi dari semasa ke semasa.
Pendekatan yang baru dalam proses pembelajaran sekarang lebih cenderung berpusatkan individu, iaitu yang berkaitan dengan kehendak dan emosi seseorang dan tidak menumpukan perhatian kepada gejala-gejala yang menghalang pembelajaran. Namun begitu, proses pembelajaran, walaupun menarik tidak dapat membantu pelajar melainkan jika diamalkan dengan cara yang sistematik dan komprehensif. Aktiviti-aktiviti jika diwujudkan janganlah hanya sekadar untuk mewujudkan suasana gembira, tetapi harus mengambil kira nilainya sebagai latihan-latihan pembelajaran bahasa. Memanglah perkara-perkara yang dilakukan oleh pelajar-pelajar kita di dalam kelas itu menarik dan menyeronokkan(enjoyable) tetapi mereka seharusnya dirawat dari segi potensi pengajaran bahasa mereka.
f)     Guru hendaklah menggunakan penggerak pelajar-pelajar untuk memudahkan pembelajaran mereka. Pelajar yang mempunyai enggerak untuk mempelajarai sesuatu akan dapat mempelajarinya dengan lebih mudah jika dibandingkan dengan mempelajari sesuatu yang tidak diminatinya. Penggerak yang berkesan Atimbul daripada keperluan yang ditunjukkan oleh minat murid. Walaupun manusia belajar untuk tujuan memenuhi keperluan hidup tetapi minat terhadap perkara-perkara yang belum diketahuinya dapat ditimbulkan dengan mengaitkan perkara itu dengan perkara-perkara yang diminatinya. Oleh sebab itu, guru hendaklah memulakan pengajarannya dengan perkara-perkara yang telah diketahui oleh para pelajar dan dari situ membawa kepada perkara-perkara yang lebih mendalam yang menguatkan minat dan keperluan sedia ada.


Proses Pembinaan dan penggunaan bahan-bahan pengajaran


Proses Pembinaan Dan Penggunaan Bahan-Bahan Pengajaran.
Bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran kadangkala dianggap sebagai media pengajaran atau ‘ media’ yang boleh membantu guru dan membolehkan para pelajar mendapatkan ilmu pengetahuan dan kemahiran serta membentuk sikap yang baik. Proses penilaian dan pemilihan bahan-bahan yang diperlukan untuk memenuhi hasrat ini bukanlah satu kerja yang mudah. Kerja ini melibatkan kerja-kerja penyuntingan bahan supaya ianya sesuai dengan objektif pengajaran yang seharusnya selaras dengan kehendak dan matlamat Sukatan Pelajaran dan Objektif Pendidikan Negara secara keseluruhannya.
            Untuk menyediakan bahan-bahan yang sesuai dalam sesuatu situasi pengajaran dan pembelajaran itu, guru hendaklah memproses bahan-bahan tersebut sebelum ianya digunakan. Beberapa langkah boleh digunakan, umpamanya proses memilih, mengolah, membina, menggunakan dan menilai. Proses ini merupakan satu proses yang berterusan dan ianya harus dilakukan berdasarkan kriteria pemilihan bahan yang telah ditetapkan.
Gambar tumbuh-tumbuhan


 Gambar kenderaan


 Gambar Buah-buahan Tempatan


 Gambar rajah "PARTS OF A PLANT"




Gambar-gambar mengenai bentuk 3D 

Pemilihan Bahan-Bahan Pengajaran
Pemilihan bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran bahasa, sama ada bahan-bahan itu bahan-bahan teks atau sumber-sumber lain, yang dilihat daripada tiga perspektif:
a)    perspektif komunikatif atau fungsional yang memandang bahasa sebagai media komunikasi antara manusia. Perspektif ini menekankan kepentingan pembelajaran melalui penggunaan bahasa yang membolehkan pelajar-pelajar mendapat peluang secara kerap untuk berinteraksi sesama sendiri dan guru dalam situasi yang semula jadi.
b)    Perspektif struktural yang memandang bahasa sebagai satu sistem tatabahasa dan perbendaharaan kata. Perspektif ini menekankan persembahan dan latihan asas struktur bahasa. Pelajar-pelajar akan diajarkan sistem tatabahasa bahasa tersebut.
c)    Perspektif kemahiran yang menekankan empat kemahiran iaitu kemahiran mendengar, kemahiran bertutur, kemahiran membaca dan kemahiran menulis.


MENGENAI BAHAN BANTU MENGAJAR


Mengenai bahan bantu mengajar


Kanak-kanak sejak dilahirkan telah mewarisi asas-asas kecerdasan. Kecerdasan ini membolehkan mereka belajar dan menyesuaikan diri dengan alam sekeliling mereka. Asas-asas kecerdasan ini perlu diperkaya dengan alam sekeliling yang baik supaya ianya dapat berkembang dengan sebaik-baiknya. Biasanya, asas kecerdasan yang tinggi , jika dipengaruhi oleh alam sekeliling yang tidak memuaskan, maka sukar bagi kita untuk melahirkan perkembangan kecerdasan yang mencapai peringkat optimum. Walaupun kanak-kanak sewaktu lahirnya itu tidak mempunyai pengalaman tetapi semenjak saat  tersebut mereka sentiasa diserbui oleh pelbagai rangsangan daripada alam sekeliling mereka. Dengan asas-asas yang diwarisinya inilah dan dengan pertolongan pancaindera, mereka mula menganggap dan memproses rangsangan-rangsangan itu ke dalam sistem yang bermakna.
            Pembelajaran memerlukan rangsangan dan kecerdasan pemikiran. Rangsangan yang diterima daripada alam sekeliling menjadi bahan untuk diproses oleh kecerdasan dan yang kemudiannya akan lahir sebagai pengetahuan dan pengalaman. Sungguhpun rangsangan dalam alam sekeliling ini amat banyak tetapi tidak semua rangsangan itu dapat diterima atau ditanggapi oleh manusia. Rangsangan yang sukar ditanggap tidak akan dapat diproses dan tidak akan menjadi pengalaman. Oleh yang demikian, kecerdasan walau bagaimana baik pun ia, jika kurang mendapat rangsangan, ianya tidak akan menghasilkan perkembangan kecerdasan dan pengalaman yang berkesan.
            Berdasarkan hakikat inilah, peranan guru dalam menentukan bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran sangat penting. Ini adalah kerana bahan-bahan itu merupakan media yang mampu mewujudkan rangsangan dan yang kemudiannya akan bertindak memperkembang kecerdasan dan pengalaman. Guru-guru disarankan supaya dapat menyusun dan merancang aktiviti-aktiviti pengajaran dan pembelajaran mereka dengan baik, terutamanya dari segi pemilihan, penyesuaian dan penggunaan bahan-bahan pengajaran, kerana inilah di antara aspek yang memberi kesan terhadap prestasi para pelajar.
 Kad-kad untuk mengenal huruf


 Teater anak patung
Latar Belakang Penggunaan Bahan-Bahan Pengajaran
Di sekolah-sekolah kini, bahan-bahan pengajaran yang lazim digunakan oleh guru-guru adalah diambil daripada bahan-bahan yang terdapat daripada buku-buku teks, bahan-bahan tambahan daripada jabatan-jabatan tertentu dalam Kementerian Pendidikan Negeri, Daerah dan lain-lain. Walau bagaimanapun, selain daripada bahan-bahan binaan sendiri, bahan-bahan pengajaran yang sering dan paling utama digunakan oleh guru-guru ialah bahan-bahan daripada buku-buku teks.
            Penggunaan buku-buku teks telah menjadi amalan biasa dan tradisi bagi sesetengah guru. Kebanyakan mereka menganggap jumlah buku-buku teks yang ada dan yang boleh digunakan di sekolah-sekolah terlalu banyak dan tidak perlu lagi mereka mencari bahan-bahan daripada sumber-sumber lain. Buku-buku teks dalam andaian lain sudah lebih dari mencukupi. Anggapan seperti ini sebenarnya memanglah kurang wajar kerana seperti yang kita semua sedari, buku-buku teks itu sendiri mempunyai kelemahan-kelemahannya yang tersendiri. Perbuatan terlalu bergantung kepada teks kadangkala boleh menjejaskan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran.
            Sebenarnya, kedudukan teks, kebiasaan dan kecenderungan menggunakan teks bahasa dalam pendidikan, pengajaran dan pembelajaran seperti itu bukanlah satu cara yang baik untuk diamalkan dan dikekalkan. Penggunaannya melalui cara yang lebih luas dan kepelbagaian kegiatan amat diperlukan. Dengan itu, pengajaran bahasa akan memberi kesan yang lebih baik, menarik hati pelajar dan dapat mengurangkan masalah yang timbul.